PENGENALAN SYARIKAT

ILHAM TIMUR SDN BHD (850768-V) ditubuhkan pada tahun 2008. Syarikat ini dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera yang beralamat di No. 43, Tingkat 1, Jalan Sudirman Utama, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Syarikat ini juga menceburi bidang pertanian secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan teknologi pertanian. Hal ini sejajar dengan wawasan kerajaan yang mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memajukan bidang pertanian di samping mengambil kira keperluan pasaran semasa dan kehendak pelanggan.

MISI SYARIKAT:
Merealisasikan matlamat dan halatuju kerajaan dalam sektor pertanian sekaligus mendokong frasa "Pertanian Adalah Perniagaan".

OBJEKTIF SYARIKAT:
Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik dan sistematik.

PIHAK PENGURUSAN:

Pengarah Urusan: Ismail Nori bin Mat Jusoh
Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan sumber manusia.

Pengurus Pemasaran: Mohamad Ilmaruddien bin Mat Jusoh
Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, pemasaran dan sumber manusia.

Projek ini turut melibatkan 10 orang pekerja buruh asing yang telah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia.


TAPAK OPERASI:
Operasi pertanian dijalankan di atas tanah seluas 35 hektar (85 ekar) di kawasan Kuala Tenang, Mukim Kerdau, Temerloh, Pahang.

Sebagai permulaan, pada bulan Mei 2010, pihak kami telah mengusahakan tanaman pisang sebanyak 7,000 pokok (fasa pertama) diikuti fasa kedua pada bulan Oktober 2010 yang melibatkan sebanyak 12, 500 pokok pisang. Penanaman pisang fasa ketiga bermula pada 20 Disember 2010 dan dijangka selesai pada 15 Februari 2011. Keseluruhan jumlah tananam pisang lebih 40,000 pokok.