Tuesday, December 28, 2010

PISANG KACUKAN (HIBRID)

Pisang kacukan (hibrid) adalah khusus untuk pemprosesan seperti kerepek dan kurang sesuai untuk dimakan kerana rasa yang kemasaman. Mungkin ramai yang meminati keluaran pisang terbaru ini memandangkan ciri-cirinya yang baik.

Cara yang mudah untuk mendapat anak benih baru ini dengan cepat dan berganda besar jumlahnya adalah melalui kaedah “kultur tisu”.

Apa dia kaedah kultur tisu?

Kultur tisu adalah satu kaedah di mana bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, batang atau tangkai bunga dan sebagainya digunakan dan disemai dalam tabung uji yang mengandungi bahan-bahan nutrien seperti vitamin dan garam-garam inorganik ataupun bukan organik serta hormon.  Kaedah ini dilakukan dalam keadaan steril (basmi kuman).
Kebaikan kaedah kultur tisu

Cara tradisional menanam pisang adalah mengguna sulur yang diperolehi daripada pokok yang matang. Tetapi kualiti tandan pisang yang diperolehi tidak seragam dan juga jumlah sulur terhad. Malah penyakit pisang dibawa daripada satu generasi ke generasi yang baru. Melalui kaedah kultur tisu, beribu-ribu anak pisang yang kecil dapat dikeluarkan dengan serentak.
  
Kebun milik Ilham Tmur





  
 

Friday, December 24, 2010

PENGENALAN SYARIKAT

ILHAM TIMUR SDN BHD (850768-V) ditubuhkan pada tahun 2008.  Syarikat kami dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera yang beralamat di No. 43, Tingkat 1, Jalan Sudirman Utama, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.