Friday, January 14, 2011

PENGENALAN PISANG



NAMA SAINTIFIK:
Musa Paradisiacal L
NAMA BIASA:Pisang
Keluarga:Musaceae
JENIS YANG AKAN DITANAM:Berangan/ Lang/ Nipah/ Nangka

Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi pelbagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering, pisang salai, makanan bayi, keropok, kerepek, jem, serbuk jeli, minuman dan juga cuka. Pemprosesan buah pisang diperingkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.

Isi pisang mengandungi komposisi air, karbohidrat dan sedikit sekali kandungan protein dan lemak. Sebanyak 70% adalah air dan selebihnya bahan pepejal. Pisang merupakan sumber vitamin A, B1, B2 dan C. nilai kalori ialah 1 kalori setiap gram isi pisang. Komposisi kandungan makanan di dalam isi pisang ditunjukkan di Jadual 1.


Jadual 1: Komposisi Kandungan Isi Pisang (Peratus Berat Basah Isi)




PERKARA
BERAT BASAH ISI
Air82.5 - 83g
Gula Ringkas0.159 - 0.229g
Bukan Gula Ringkas0.21 - 0.61g
Jumlah Karbohidrat0.7 - 0.9g
Protein0.005 - 0.012mg
Lemak6.3 - 8.8mg





VITAMIN
ISI SEGAR (b.s.j)
B- Carotene (A)1.5 - 2.0

Thiamin (B1)0.3 - 0.6
Niasin6 - 12
Riboflavin (B2)0.23 - 0.87
Pyridoxine (B6)3.2
Vitamin C20 - 240
Sumber: Simmonds, (1970)

Pokok:Pokok pisang bersaiz sederhana besar dengan ketinggian 3-4 meter dan mempunyai batang di dalam tanah yang dipanggil umbisi dan hidup berumpun. Umbisi mengandungi banyak akar dan tunas. Setiap tunas yang tumbuh mengeluarkan akar-akar baru sehingga melewati ke atas tanah, diikuti dengan pengeluaran pucuk baru. Pada asasnya umbisi pisang terdiri daripada bahagian utama iaitu isi tengah dan diliputi oleh korteks.

Pada bahagian korteks, akar dan pokok induk tumbuh dari umbisi. Pokok yang terbit ke permukaan tanah dikenali sebagai suluh. Susunan padat seludang daun pula membentuk batang palsu yang dpat dilihat di atas permukaan tanah. Saiz dan ketinggian batang palsu bergantung kepada jenis pisang.

Sistem Perakaran:
Akar serabut terbit daripada bahagian korteks umbisi. Akar serabut menjalar keluar ke dalam zon perakaran sehingga 5 meter lebar dan 75 cm ke dalam tanah. Kebanyakan akar tertumpu kepada zon 15 cm di permukaan bawah tanah dan merupakan akar pemakanan untuk pisang. Akar tua akan mati dan diganti dengan pertumbuhan akar baru.

Daun:Daun pisang adalah helaian daun di hujung batang palsu yang terdiri daripada susunan seludang yang teguh. Pengeluaran daun muda atau pucuk bermula daripada tengah batang palsu iaitu berasal daripada primodia umbisi pisang. Daun mula melebar, terbuka lampai dan mudah pecah apabila ditiup angin kencang. Rupa bentuk pelepah dan helaian daun dapat membezakan jenis pisang. Saiz daun pisang matang mencapai 50 cm lebar dan melebihi 2 meter panjang. Sebanyak 40 – 70 helai daun dihasilkan sebelum pokok mengeluarkan jantung pisang. Pokok yang sihat mempunyai 10 – 15 helai daun hijau pada peringkat matang.

Bunga dan Pendebungaan:Setelah pokok matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran primodia jambak bunga. Jambak bunga berbentuk spika majmuk. Bunga-bunga tersusun bertingkat dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan. Setiap kelompok bunga ditutupi oleh braktea besar berwarna kemerahan tua kadang-kadang berdebu, setiap ruas di tangkai atas tandan mengeluarkan bunga betina. Pada hujung pula terdapat bunga jantan. Semasa bunga mengorak, kedapatan serangga seperti rama-rama mengunjungi tetapi pembentukan pisang adalah partenokarpa.

Buah:Buah pisang adalah jenis buah beri dan berbentuk tanpa pendebungaan yang dikenali sebagai partenokarpa. Kelompok-kelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir. Setiap sisir terdiri daripada sejumlah buah pisang disebut jejari. Bahagian yang dimakan inilah terbentuk daripada dinding ovari. Bentuk dan saiz buah pisang merupakan ciri pengenalan pisang yang mudah selain daripada pengenalan pada pokok.

Sulur:Sulur adalah bahan tampang di atas paras tanah dari umbisi sekeliling pokok induk. Sulur-sulur ini akan membesar, berbuah dan menjadi tanaman ratun. Pokok pisang menghasilkan dua jenis sulur iaitu:-

a) Sulur PedangSulur ini terbentuk daripada tunas yang berasal daripada umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus ke atas. Ukuran sulur pedang biasa melebihi 50 cm dan meruncing. Umbisi sulur pedang bulat dan sederhana besar. Pertumbuhan aktif dan subur sangat sesuai digunakan sebagai bahan tanaman.

b) Sulur Airsulur air terbentuk dari tunas bahagian umbisi induk. Pengeluaran daun-daun adalah lebar dan tidak ada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo. Penanaman dari sulur air tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas dan kurang subur.

No comments:

Post a Comment