Sila-silakanlah jenguk kebun hamba yang tak seberapa ni.. Manalah tahu kot-kot boleh share something yang berguna..Insya-Allah..
| UTAMA |
| PENGENALAN SYARIKAT |
| PRODUK & PERKHIDMATAN |
| GALERI |
| MAKLUMAT TERKINI |
| TEMPAHAN ON-LINE |
| HUBUNGI KAMI |
Friday, January 14, 2011
JENIS-JENIS PISANG
Pisang berangan mula mendapat pasaran yang meluas apabila kebanyakan orang memilih pisang ini sebagai makanan pisang segar. Berat setandan berangan ialah 12 - 22 kg, mempunyai 8 - 12 sisir dengan setiap sisir mempunyai 12 - 20 jejari. Panjang jejari diantara 12 - 18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulit buah agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.
Buah pisang lang sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
Pisang nipah hanya sesuai digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari di antara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng, ia manis rasanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment