Friday, January 14, 2011

PENANAMAN PISANG

Penyediaan Benih TanamanUntuk projek ini, pihak syarikat akan menggunakan benih pisang secara tisu didik. Benih pisang akan dibiak secara in vitro diantara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak-anak benih bebas penyakit dan pathogen. Pertumbuhan benih didapati seragam dengan batang palsu besar. Pokok tumbuh subur dan mengeluarkan hasil lebih awal dibandingkan dengan benih sulur.

Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6-7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Penanaman di LadangPenanaman di ladang dilakukan pada musim hujan supaya peratus kematian dapat dikurangkan. Lubang-lubang berukuran 30 x 30 x 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (GML), 100 g baja NPK 8:8:8, 25 g carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum bahan pisang ditanam.


Sistem PenanamanTanaman tunggal dilaksanakan untuk pengeluaran pisang secara komersial dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m, kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.


PembajaanPembajaan tanaman pisang adalah sperti di Jadual 4. Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. pembajaan menggunakan sistem poket jula boleh dilaksanakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sedalam lingkungan semester daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.


Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal kerana sistem ini sesuai bagi pekebun yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah.


Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiarkan tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah. Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.


Apabila 60 % keluasan tanaman telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (40 – 700 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

No comments:

Post a Comment