Friday, January 14, 2011

KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

Penghasilan Buah:
Hasil pisang bergantung kepada pemilihan kawasan, jenis, pengurusan di ladang sehinggalah siap pembungkusan dibuat.  Faktor yang sesuai dan tanah yang subur juga menyumbang kepada pengeluaran yang menguntungkan.
Kematangan Buah:
Buah pisang mencapai tahap kematangan apabila pembesaran buah berakhir.  Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna.  Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.
Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat.  Penuaian pisang pada peringkat buah matang menjamin buah yang bermutu serta dapat memenuhi kehendak pengguna.  Untuk pasaran dalam negeri, pisang disyorkan dipetik pada peringkat matang tua.
Pengutipan Hasil:
Penuaian pisang dilakukan dengan teliti supaya kerosakan fizikal tidak berlaku untuk mengekalkan mutu buah dan mengelakkan kerugian.  Penuaian dilakukan pada waktu pagi atau petang bagi mengelak daripada suhu panas matahari kerana boleh mengganggu kemasakan buah nanti.  Tandan pisang selepas tangkai tandan dipotong dari batang perlu dijaga supaya tidak jatuh terhempap ke tanah bagi mengelakkan kecederaan buah.  Tandan-tandan pisang dituai dan diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span bagi menghalang pergeseran atau pergerakan buah supaya tiada kecederaan pada kulit buah.

No comments:

Post a Comment