Friday, January 14, 2011

KEBUN PISANG MILIK ILHAM TIMUR



Kebun pisang 1
 

PEMASARAN PRODUK PISANG

Bagi memastikan pengeluaran pisang berdaya maju dan mencapai pulangan yang maksimum, aspek pemasaran adalah aspek terpenting. Syarikat akan memfokuskan jualan pisang segar dengan mengambil kira keperluan pasaran semasa. Pisang-pisang segar akan diedarkan di pasar raya besar seperti Gaint, Tesco, Carrefour dan sebagainya.
Pemasaran juga memfokuskan kepada pasar borong di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Pasar Borong Selayang, Pasar Borong Selangor dan Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur.  Sasaran pengedaran juga melibatkan ibu negeri terdekat seperti Seremban, Kuantan, Ipoh, Melaka dan lain-lain.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengendalian di Ladang:  Tandan pisang yang telah disusun dan beralas perlulah diangkut ke pusat pengumpulan dengan cermat.  Pengangkutan tandan pisang keluar dari ladang ke rumah pengendalian mudah dilakukan dengan lori.  Di ladang pisang komersial, pisang yang telah siap disisir, dimasukkan ke dalam gerabak dan ditarik ke pusat pengumpulan dengan traktor.
Pengendalian di Rumah Bungkusan:  Di pusat pembungkusan, aktiviti pengendalian lepas tuai seperti penyisiran, pembersihan, rawatan dan penggredan dijalankan untuk meningkatkan mutu dan persembahan buah pisang.  Kemahiran yang tinggi adalah diperlukan dalam melaksanakan amalan lepas tuai di pusat pengendalian supaya mutu buah dapat dikekalkan.
Penyisiran:  Tandan-tandan pisang yang telah diasingkan dari pembalut bungkusan, diletakkan di atas meja beralas bahan lembut.  Sisir-sisir pisang dipisahkan dari tandan dengan teliti, jejari-jejari yang cacat atau tidak bermutu dipotong dan diasingkan.  Kerja-kerja penyisiran dilakukan secara manual dengan pisau pemotong tajam dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Pembersihan:  Sisir-sisir pisang dimasukkan ke dalam takungan air bersih.  Pembersihan dilakukan dengan teliti bagi membuang segala benang sari dan menanggalkan semua kotoran dengan berus lembut.  Lebihan pangkal sisir dipotong dengan kemas semasa pembersihan dilakukan.
Rawatan:    Sisir pisang dirawat dengan merendam dalam takungan campuran pencegah kulat seperti TBZ atau benomil selama 2 - 10 minit untuk mengawal jangkitan kulat.  Kadar campuran yang biasa digunakan untuk rawatan tersebut adalah 2 - 5 g benomil bagi 10 liter air atau 4 - 10 g TBZ bagi setiap 10 liter air.
Pengeringan:  Sisir-sisir pisang yang siap dirawat dikeringkan.  Pengeringan dilakukan dengan bantuan tiupan angin dan putaran kipas menghala ke aras susunan sisir-sisir pisang.  Pengeringan yang sempurna akan mengekalkan mutu buah pisang.
Penggredan:  Kriteria penggredan mengambil kira pada spesifikasi buah iaitu bilangan sisir setiap kotak, berat sisir, bilangan jejari sesisir dan saiz jejari pisang.  Panduan penggredan bagi pisang pada umumnya adalah seperti berikut:-
Jadual 5:  Panduan Penggredan Pisang
Gred
Gred mengikut panjang jejari pisang
A
B
C
12.5 cm ke atas
11.5 - 12.4 cm
10.5 - 11.4 cm

Pembungkusan:  Pembungkusan dilakukan supaya tidak terdedah kepada kerosakan, mudah dialih, mudah disimpan dan menarik apabila dipamerkan untuk jualan.  Kotak-kotak pembungkusan dibuat daripada kertas beralun (CPB)
Penyimpanan Hasil:  Penyimpanan kotak-kotak berisi pisang memerlukan pengawalan suhu dan kelembapan supaya buah tidak hilang kesegarannya dalam tempoh penyimpanan.
Pemasakan:  Penggunaan gas etilena untuk mempercepatkan pemasakan seragam dilakukan oleh ladang komersial yang mempunyai kemudahan bilik pemasakan.  Proses pemasakan pisang juga boleh dirangsang dengan menggunakan bahan bebas etilena seperti ethephon.  Semburan ethephon pada paras 1000 - 5000 bsj ke atas buah pisang yang baru dituai menyebabkan pisang masak selepas 4 - 6 hari pada suhu bilik.
Pemasakan pisang dengan menggunakan kalsium karbaid juga boleh digunakan pada kadar 3 - 10 g bagi setiap kilogram pisang dan diletakkan di penjuru dalam ruang pemasakan.  Jangkamasa 24 jam diperlukan untuk rangsangan pemasakan selepas pendedahan.

KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

Penghasilan Buah:
Hasil pisang bergantung kepada pemilihan kawasan, jenis, pengurusan di ladang sehinggalah siap pembungkusan dibuat.  Faktor yang sesuai dan tanah yang subur juga menyumbang kepada pengeluaran yang menguntungkan.
Kematangan Buah:
Buah pisang mencapai tahap kematangan apabila pembesaran buah berakhir.  Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna.  Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.
Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat.  Penuaian pisang pada peringkat buah matang menjamin buah yang bermutu serta dapat memenuhi kehendak pengguna.  Untuk pasaran dalam negeri, pisang disyorkan dipetik pada peringkat matang tua.
Pengutipan Hasil:
Penuaian pisang dilakukan dengan teliti supaya kerosakan fizikal tidak berlaku untuk mengekalkan mutu buah dan mengelakkan kerugian.  Penuaian dilakukan pada waktu pagi atau petang bagi mengelak daripada suhu panas matahari kerana boleh mengganggu kemasakan buah nanti.  Tandan pisang selepas tangkai tandan dipotong dari batang perlu dijaga supaya tidak jatuh terhempap ke tanah bagi mengelakkan kecederaan buah.  Tandan-tandan pisang dituai dan diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span bagi menghalang pergeseran atau pergerakan buah supaya tiada kecederaan pada kulit buah.

PENANAMAN PISANG

Penyediaan Benih TanamanUntuk projek ini, pihak syarikat akan menggunakan benih pisang secara tisu didik. Benih pisang akan dibiak secara in vitro diantara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak-anak benih bebas penyakit dan pathogen. Pertumbuhan benih didapati seragam dengan batang palsu besar. Pokok tumbuh subur dan mengeluarkan hasil lebih awal dibandingkan dengan benih sulur.

Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6-7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.


Penanaman di LadangPenanaman di ladang dilakukan pada musim hujan supaya peratus kematian dapat dikurangkan. Lubang-lubang berukuran 30 x 30 x 30 cm digali dan diisi dengan campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (GML), 100 g baja NPK 8:8:8, 25 g carbofuran dan 0.5 kg baja organik sebelum bahan pisang ditanam.


Sistem PenanamanTanaman tunggal dilaksanakan untuk pengeluaran pisang secara komersial dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m, kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.


PembajaanPembajaan tanaman pisang adalah sperti di Jadual 4. Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. pembajaan menggunakan sistem poket jula boleh dilaksanakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sedalam lingkungan semester daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.


Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal kerana sistem ini sesuai bagi pekebun yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah.


Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiarkan tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah. Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai.


Apabila 60 % keluasan tanaman telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (40 – 700 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

JENIS-JENIS PISANG

PISANG BERANGAN
Pisang berangan mula mendapat pasaran yang meluas apabila kebanyakan orang memilih pisang ini sebagai makanan pisang segar. Berat setandan berangan ialah 12 - 22 kg, mempunyai 8 - 12 sisir dengan setiap sisir mempunyai 12 - 20 jejari. Panjang jejari diantara 12 - 18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulit buah agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.

PISANG LANG
Buah pisang lang sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

PISANG NIPAH
Pisang nipah hanya sesuai digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari di antara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng, ia manis rasanya.

PENGENALAN PISANG



NAMA SAINTIFIK:
Musa Paradisiacal L
NAMA BIASA:Pisang
Keluarga:Musaceae
JENIS YANG AKAN DITANAM:Berangan/ Lang/ Nipah/ Nangka

Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi pelbagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering, pisang salai, makanan bayi, keropok, kerepek, jem, serbuk jeli, minuman dan juga cuka. Pemprosesan buah pisang diperingkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.

Isi pisang mengandungi komposisi air, karbohidrat dan sedikit sekali kandungan protein dan lemak. Sebanyak 70% adalah air dan selebihnya bahan pepejal. Pisang merupakan sumber vitamin A, B1, B2 dan C. nilai kalori ialah 1 kalori setiap gram isi pisang. Komposisi kandungan makanan di dalam isi pisang ditunjukkan di Jadual 1.


Jadual 1: Komposisi Kandungan Isi Pisang (Peratus Berat Basah Isi)




PERKARA
BERAT BASAH ISI
Air82.5 - 83g
Gula Ringkas0.159 - 0.229g
Bukan Gula Ringkas0.21 - 0.61g
Jumlah Karbohidrat0.7 - 0.9g
Protein0.005 - 0.012mg
Lemak6.3 - 8.8mg





VITAMIN
ISI SEGAR (b.s.j)
B- Carotene (A)1.5 - 2.0

Thiamin (B1)0.3 - 0.6
Niasin6 - 12
Riboflavin (B2)0.23 - 0.87
Pyridoxine (B6)3.2
Vitamin C20 - 240
Sumber: Simmonds, (1970)

Pokok:Pokok pisang bersaiz sederhana besar dengan ketinggian 3-4 meter dan mempunyai batang di dalam tanah yang dipanggil umbisi dan hidup berumpun. Umbisi mengandungi banyak akar dan tunas. Setiap tunas yang tumbuh mengeluarkan akar-akar baru sehingga melewati ke atas tanah, diikuti dengan pengeluaran pucuk baru. Pada asasnya umbisi pisang terdiri daripada bahagian utama iaitu isi tengah dan diliputi oleh korteks.

Pada bahagian korteks, akar dan pokok induk tumbuh dari umbisi. Pokok yang terbit ke permukaan tanah dikenali sebagai suluh. Susunan padat seludang daun pula membentuk batang palsu yang dpat dilihat di atas permukaan tanah. Saiz dan ketinggian batang palsu bergantung kepada jenis pisang.

Sistem Perakaran:
Akar serabut terbit daripada bahagian korteks umbisi. Akar serabut menjalar keluar ke dalam zon perakaran sehingga 5 meter lebar dan 75 cm ke dalam tanah. Kebanyakan akar tertumpu kepada zon 15 cm di permukaan bawah tanah dan merupakan akar pemakanan untuk pisang. Akar tua akan mati dan diganti dengan pertumbuhan akar baru.

Daun:Daun pisang adalah helaian daun di hujung batang palsu yang terdiri daripada susunan seludang yang teguh. Pengeluaran daun muda atau pucuk bermula daripada tengah batang palsu iaitu berasal daripada primodia umbisi pisang. Daun mula melebar, terbuka lampai dan mudah pecah apabila ditiup angin kencang. Rupa bentuk pelepah dan helaian daun dapat membezakan jenis pisang. Saiz daun pisang matang mencapai 50 cm lebar dan melebihi 2 meter panjang. Sebanyak 40 – 70 helai daun dihasilkan sebelum pokok mengeluarkan jantung pisang. Pokok yang sihat mempunyai 10 – 15 helai daun hijau pada peringkat matang.

Bunga dan Pendebungaan:Setelah pokok matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran primodia jambak bunga. Jambak bunga berbentuk spika majmuk. Bunga-bunga tersusun bertingkat dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan. Setiap kelompok bunga ditutupi oleh braktea besar berwarna kemerahan tua kadang-kadang berdebu, setiap ruas di tangkai atas tandan mengeluarkan bunga betina. Pada hujung pula terdapat bunga jantan. Semasa bunga mengorak, kedapatan serangga seperti rama-rama mengunjungi tetapi pembentukan pisang adalah partenokarpa.

Buah:Buah pisang adalah jenis buah beri dan berbentuk tanpa pendebungaan yang dikenali sebagai partenokarpa. Kelompok-kelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir. Setiap sisir terdiri daripada sejumlah buah pisang disebut jejari. Bahagian yang dimakan inilah terbentuk daripada dinding ovari. Bentuk dan saiz buah pisang merupakan ciri pengenalan pisang yang mudah selain daripada pengenalan pada pokok.

Sulur:Sulur adalah bahan tampang di atas paras tanah dari umbisi sekeliling pokok induk. Sulur-sulur ini akan membesar, berbuah dan menjadi tanaman ratun. Pokok pisang menghasilkan dua jenis sulur iaitu:-

a) Sulur PedangSulur ini terbentuk daripada tunas yang berasal daripada umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus ke atas. Ukuran sulur pedang biasa melebihi 50 cm dan meruncing. Umbisi sulur pedang bulat dan sederhana besar. Pertumbuhan aktif dan subur sangat sesuai digunakan sebagai bahan tanaman.

b) Sulur Airsulur air terbentuk dari tunas bahagian umbisi induk. Pengeluaran daun-daun adalah lebar dan tidak ada perbezaan saiz pangkal dan batang pseudo. Penanaman dari sulur air tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas dan kurang subur.

Tuesday, December 28, 2010

PISANG KACUKAN (HIBRID)

Pisang kacukan (hibrid) adalah khusus untuk pemprosesan seperti kerepek dan kurang sesuai untuk dimakan kerana rasa yang kemasaman. Mungkin ramai yang meminati keluaran pisang terbaru ini memandangkan ciri-cirinya yang baik.

Cara yang mudah untuk mendapat anak benih baru ini dengan cepat dan berganda besar jumlahnya adalah melalui kaedah “kultur tisu”.

Apa dia kaedah kultur tisu?

Kultur tisu adalah satu kaedah di mana bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, batang atau tangkai bunga dan sebagainya digunakan dan disemai dalam tabung uji yang mengandungi bahan-bahan nutrien seperti vitamin dan garam-garam inorganik ataupun bukan organik serta hormon.  Kaedah ini dilakukan dalam keadaan steril (basmi kuman).
Kebaikan kaedah kultur tisu

Cara tradisional menanam pisang adalah mengguna sulur yang diperolehi daripada pokok yang matang. Tetapi kualiti tandan pisang yang diperolehi tidak seragam dan juga jumlah sulur terhad. Malah penyakit pisang dibawa daripada satu generasi ke generasi yang baru. Melalui kaedah kultur tisu, beribu-ribu anak pisang yang kecil dapat dikeluarkan dengan serentak.
  
Kebun milik Ilham Tmur





  
 

Friday, December 24, 2010

PENGENALAN SYARIKAT

ILHAM TIMUR SDN BHD (850768-V) ditubuhkan pada tahun 2008.  Syarikat kami dikendalikan sepenuhnya oleh bumiputera yang beralamat di No. 43, Tingkat 1, Jalan Sudirman Utama, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.